~Salam Perkenalan~

~Kehidupan yang kita alami sekarang ini penuh dengan dugaan dan cabaran namun kita haruslah tabah menghadapinya..kerana setiap cabaran yang kita harungi pasti ada kejayaan..dan kita harus ingat setiap ujian dan kejayaan itu datangnya dari Allah S.W.T.. jadi, tidak kira apa jua yang berlaku keatas diri kita.. kita haruslah sentiasa tabah dalam menghadapinya.. setiap yang berlaku tidak kira baik atau buruk..pasti ada hikmahnya.. ~

Saturday, 11 October 2014

HIDUP PERLU DITERUSKAN..... 

Assalamualaikum W.B.T..


Akhirnya, setelah lama aku menghilangkan diri, aku kembali kesini untuk meluahkan segala apa yang berlaku dalam hidup aku.. Daripada tahun 2012, sampai sekarang banyak benda dah berlaku dalam hidup aku.... Dalam masa itu jugak lah aku tertanya-tanya, mcm mana aku nak kongsi masalah aku sebab family aku pun tak tahu sebenarnya aku ni ada masalah, Setelah sekian lama aku berfikir dan mencari jalan penyelesaian, selain aku boleh mengadu kepada yang Maha Esa,,,, dekat sini lah tempat aku nak luahkan apa yang berlaku dalam hidup aku,.. 

Hilang kawan 

Dulu aku pernah lah terfikir yang aku ni dah hilnag kawan, sebabnya takde siapa yang sudi nak "hang out" dengan aku. Alkisahnya aku ni macam "Depan cakap lain, Belakang cakap lain"... Tapi sejujurnya, aku tak kisah langsung kalau aku takde kawan... sebab daripada zaman sekolah lagi aku dah memang tahu takde sorang pun yang ikhlas nak berkawan dengan aku.. So sampai hari ni, aku masih lagi bersendirian, dan Alhamdulillah aku tak perlukan sesiapa, sbb aku berani mengatakan "DALAM KUBUR PUN KESEORANGAN JUGAK"..  Yang paling penting, kehidupan masih diteruskan... 

Mencari Sinar Harapan

Sampai sekarang aku tak berhenti untuk berdoa, agar satu hari nanti, aku berharap aku dapat mencari ketenangan yang aku inginkan.. selain daripada keluarga aku yang banyak memberikan aku sokongan, aku pun perlu berusaha sendiri untuk mencari.. Disebabkan aku layan satu movie ni yang ada menyentuh pasal harapan, jadi aku amik dialog itu sebagai pembakar semangat untuk mencari jalan supaya aku bertemu dengan harapan yang aku maksudkan.. 




Tuesday, 12 June 2012

Indahnya Pulau Tioman.....

~Assalamualaikum W.B.T & Salam 1 Malaysia...


Hye korang...kita jumpa lagi...aku x tau kenapa dalam minggu nie aku rasa mcm nak update blog je.. hehehe.. so kali nie aku nak share ngan korang satu lagi memori semalam yang aku rasa paling best yang pernah aku alami.,,Alkisahnya, cerita nie berlaku semasa cuti gawai hari tue.. aku dan beberapa rakan yang lain telah pergi ke Pulau Tioman..hehehe


  
Tempat yang aku teringin nak pergi sejak kecik...Pulau Tioman....

Memang best saat nie, aku termasuk dalam senarai pergi ke Pulau Tioman..tapi korang jangan salah paham tau, kitorang pergi bukan suka2.. tapi kitorang ade tugas atau program kat sana.. mcm biasa, kitorang memperkenalkan UiTM kepada anak jati Pulau Tioman.. so nama program kami ini ialah JELAJAH PEMIMPIN MAHASISWA....program ini dikendalikan oleh beberapa orang MPP ataupun EC dan Pemimpin Mahasiswa yang bertugas semasa MDS mac yg lepas di UiTM Puncak Alam...


Memperkenalkan Pengarah Program Musaadah Yusuf.....

Jadi..inilah orang yang bersusah payah mengeluarkan idea dan menjayakan program ini.. Musaadah Yusuf.. dialah yang buat kertas kerja, dialah lah yang pergi berurusan dengan pihak HEP dan dia jugalah yang membuat segala gerak kerja awal....aku berterima kasih kat dia sebab dia sudi jemput aku ke program nie.. tapi disebalik kitorang wat program, tujuan mus buat kertas kerja nie adalah untuk memberikan penghargaan kepada PM atas pengorbanan mereka menguruskan & melancarkan Minggu Destini Siswa MDS sesi Mac yang lalu...dan juga kepada EC yang "contribute" kepada Puncak..=)... Thank you Mus!!!!!!!!!!!




 Sesi Bergambar bersama Pelajar-pelajar SMK Tekek.......=)

hmmmm..kat sini lah, kami memulakan program kami dengan memperkenalkan UiTM kepada pelajar-pelajar. Selain itu, kami ada gak buat mcm aktiviti seperti senamrobik, melukis, Latihan dalam kumpulan dan  tidak lupa juga melukis banner "WE LOVE SMK TEKEK".. Alhamdulillah, ramai pelajar memberikan respon yg positif.. seharian kami disana, dan kitorang xrasa penat pun.. sebaliknya kitorang enjoy layan budak-budak nie.. hehehe.. tapi apa yang aku boleh kata, program nie sedikit sebanyak mencapai objektif dan kitorang berjaya mencurahkan ilmu kepada mereka... cuba tgk kat gambar tue, diorang siap dapat beg UiTM lagi..hehe,  aku doakan semoga anak-anak pulau tioman nie dapat menjejakkan kaki ke menara gading. Insyallah.....=)


yeay!!!!!!!!!!!!!! snorkeling sepanjang hari....hehehe

Lepas habis je aktiviti kat SMK Tekek, kitorang buat aktiviti seterusnya iaitu meneroka dasar laut Pulau Tioman.. inilah saat paling best sekali, dah lama aku snorkeling, sbb selalu tgk kat tv je.. so alhamdulillah, dengan izin Allah S.W.T aku dapat merasakan sendiri pengalaman snorkeling. hehehe.. masa nie, bagi yang mabuk laut, dah x fikir pasal tue dah., sbb excited katanya nak ber"snorkeling..hehehe.. kjalau x percaya, tgk la gambar tue, jelas terpancar senyuman... so kitorang start gerak daripada jeti pukul 8.00 pagi dan mulakan perjalanan ke beberapa checkpoint.. tapi sebelum tue, biasalah kitorang diberikan sedikit penerangan sebelum bergerak.. tapi perkara yg korang harus tahu ialah Pulau Tioman nie aset Malaysia so kita perlu menjaga kebersihan... jangan seseklai kotorkan, kalau x, xdpt la tgk keindahan dasar laut..



hehehehe.....seronok giler mereka!!!!!!!!!!!


Mcm aku ckp tadi,, memang semua seronok giler masa nie..tai ada juga dalam kalangan kitorang yg pernah snorkeling sebelum nie, bagi yang x pandai snorkeling mcm aku nie, kena lah mintak tunjuk ajar daripada mereka yang dah pernah.. hahaha,, tapi disebabkan keghairahan aku snorkeling, masa nie habis semua orang kena "lanngar" ngan aku,, mana x nya, masa snorkeling muka aku dalam air, tapi tangan n kaki aku kena kat semua orang..hehehe.. lepas tue semua orang lari daripada aku.. hahaha,  xnak ke libas ngan aku katanya.. tapi bukan apa, masa aku tgk kat dalam airtue, aku sangat sangat sangat kagum dengan ciptaan Allah S.W.T.. bila aku tgk dari dekat mmg indah sangat.. jarang aku tgk permandangan dalam laut.. Subhanallah.... tapi sambil snorkeling tue, haruslah ada gambar kan.. so bg yang turun  tue, duk kat atas bos tue kena lah amik gambar.. hahahaha.. sape suruh x turun sekali... =0..seharian kitorang diberi peluang snorkeling,, sampai dah de yg give up nak balik.. yang muntah pun ade, yg buang Popo pun ade.. hahaha.. sakit perut katanya... hehehe.. nasib2....


Sape lah tue?????hehehe

itulah aku.. yang sedang cuba belajar untuk berenang... kalau korang tgk gambar tue betul2,, sebenarnya semua tgh lari daripada aku.. mcm aku kata tadi, takut kena libas.. hahahaha, yang perempuan tue nama dia atikah a.k.a gorgeous.. disebalik aku melibas orang,, x pasal2 aku kena libas ngan kaki dia.. kena kat muka pulak tue.,. hahahaha sakit seh.. balasan katanya.. =).. yang depan aku tue jimy, orang bnyk ambil gambar aku dan yang lain... aku amik gambar nie pun kat fb dia lah..hehehehe..  penat tapi best.. hehehe 

 


Mereka banyak berjasa semasa MDS... hehe =)

gambar yang kat atas tue adalah pengerusi biro program MDS mac yg lepas, kak hajar atau akak hot.. dia nie lah yg boleh katakan xnak masuk air.. hehehe takot katanya a.k.a mabuk laut.. hehehe.. tapi masa checkpoint yg kedua n ketiga, akhirnya dia turun jugak sbb nak merasakan sendiri pengalaman snorkeling.. gambar yang kat bwh pulak, antara yg boleh dikatakan berjasa semasa MDS, aku dari segi sukan (senamrobik), yg berselubung dengan cadar tue, Fauzi Sohi,, orang hebat dalam soal teknikal, sebelah dia, Cikpah Adzhan master dalam pendaftaran.. manakala yang nampak muka tue, Majida Nagib yg pndai dalam soal Sahsiah Rupa Diri dan Keselamatan.. hehehe.. walaupun ada antara kami yang ada test n assignment, tapi kami dtg jugak untuk menceriakan suasana...ade seorang lagi EC yang hadir.. Sholehin (xde dalam gambar).. yang tahu selok belok pasal Multimedia & Publisiti.. hehehe.. 


Selesai sudah.........=)

Selasi sudah sesi snorkeling.. kalau korang boleh zoom muka sorang.. memang nampak keletihan diorang, tapi disebalik keletihan tue, kitorang dah merasakan pengalaman yang hebat dan xkan dapat dilupakan.. mmg bersyukur sngt2 dapat merasakan pengalaman nie.. insyallah, kalau diberi peluang, nak lagi merasakan pengalaman mcm nie... tp program nie x kan berjalan dengan lancar tanpa bantuan dan kerjasama daripada Puan Fadzilah Jaafar... wakil HEP yg turut hadir dalam program nie... terima kasih bnyk... =)

Itulah saja, coretan buat kalian semua untuk mlm nie.. insyallah, seperti biasa akan aku kongsikan kepada kamu semua tentang memori semalam yang pernah aku alami....Sekian sahaja daripadaku... 

Putera Memori untuk Memori Semalam di Pulau Tioman......







Sunday, 10 June 2012

MDS Datang Lagi....

Assalamualaikum W.B.T....

Rasanya, dah lama aku x update blog aku nie.. dah bersawang dah.so hari nie aku nak bersihkan segala sawang2 yang ada..hehehe,..ada jugak yang tanya, kenapa lama x update blog..biasa la bnyk kerja yang nak kena uruskan...nasib baik la ada masa terluang nie, so boleh la aku update sikit... cerita yang aku nak update ngan korang...sudah semestinya pasal MDS ataupun Minggu Destini Siswa..hehehe, kalau korang nak tau, aku baru je habis gerak kerja MDS minggu lepas...dah 5 MDS aku dan rakan-rakan yang lain menguruskan MDS..so dah masak dengan perangai semua orang..hehehe.. tapi MDS kali lain sikit bagi aku sebab aku bukan lagi uruskan hal-hal pengangkutan tapi aku sebagai pengerusi biro program, protokol & fasilitator..hehehehe....so jom dengar cerita aku dan MDS:

UiTM Puncak Alam

Untuk MDS kali nie, buat pertama kalinya aku ditugaskan di UiTM Puncak Alam sebagai Pengerusi biro program, protokol, & fasilitator.. Intake kali nie adalah seramai 2985 orang pelajar baru dan semuanya daripada Asasi Sains & Asasi Kejuruteraan. MDS kali nie mmg mencabar bagi aku, pertama kali kena handle pelajar baru lebih daripada 1000 orang....penat tue memang la penat tapi itulah pengalaman yang tak boleh aku lupakan.. anak buah aku seramai 12 orang..dan semuanya memang mantap dan sangat2 independent..hehe



inilah sebahagian daripada anak buah aku masa MDS lepas. gambar kat bawah tue PM yang dah banyak kali join MDs, Nurul Jannah Salleh & Azam Reddy.. kiranya diorang mmg dah pakar pasal bab MDS nie, sbb tue aku amik diorang sebagai Biro Program. gambar kat atas pun anak buah aku, Atikah Lotfi & Jimmy Jibom, ramai lagi anak buah aku sebenarnya, 12 orang katanya so gambar nie je yang aku jumpa.. hehehehe so aku x dpt nak introduce kat korang yang selebihnya..sorry ye.. anak2 buah aku terbaik masa menjalankan program, semuanya semangat giler kot.. best betol dapat bekerja dengan diorang..=). satu lagi tanpa bantuan daripada mereka, program MDS x mungkin dapat berjalan dengan lancar, tambahan pula mereka dapat menceriakan suasana dan menarik perhatian pelajar baru.. 

ooopsss!!!!! nasib baik jumpa gambar ni.. hehe, yang nie sebahaigan daripada anak buah aku, izat, puteri dan juga bella..diorang pun bnyk sngt membantu aku dalam MDS, especially izat,..walaupun dia datang lambat tapi dia ada semanat untuk membantu.. thank you so much. 

SDK katanya.......


tak lengkap pulak rasanya, kalau aku just tunjuk biro aku je.., sebenarnya ramai lagi yang membantu biro program dalam melancarkan MDS di UiTM Puncak Alam.. tapi kawan baik kepada biro program x lain tidak bukan adalah biro SDK.. mcm biasa aku x dpt nak tunjuk semua, dapat tunjuk sorang je.. huhuhu.. yang kata atas sebelah kiri  adalah ketua biro SDK Amyra Ramlan dan yang kat sebelah kanan tue pengerusi SDK Majida Nagib.. hehehe, biro nie la yang bnyk membantu dari segi pergerakan pelajar... bermain masa katanya.. orang kata biro SDK adalah biro yang dibenci tapi sebenarnya biro nie la yang disukai pelajar baru..akhirnya dapat gak pelajar-pelajar baru tgk kak mira senyum..hehehe.. amyra nie mmg dah biasa pegang biro SDK.. hehehe, itulah serba sedikit tentang SDK, dimana biro yang paling lambat tido tetapi paling awal bangun..hehehe

Mencabarnya Biro Makanan.....


Yeay!!!!!!!!! salah satu biro yang mendapat anugerah..biro paling mencabar.. BIRO MAKANAN!!!!!!!!! hehehe.. biro nie la membuatkan kita sentiasa kenyang. alhamdulillah, masa MDS lepas, PM dan pelajar baru semuanya cukup makan..hehe, xde yang xdpt makan... kalau korang mcm ne diorang uruskan makanan, mmg mantap.. sampai x cukup tido diorang.. yang berbaju kuning tue adalah ketua biro makanan, abg shuk n budak pompuan yang aku tgh suap tue, syuhadatul ashikin nama dia.. hehe, panggil syu pun boleh.. syu la yang mengeluarkan idea supaya makanan tue dibuat secara tiga tempat berpusat n idea tue sngt bernas dan berjalan lancar.. kalau ko nak syu nie la yang pengsan masa OPKIM 360 dulu.. oooppsss!!!!!!!!!..hehehe.. alhamdulillah, makanan x bnyk membazir dan semuanya cukup.. .. Terima kasih biro makanan....=)
Suasana MDS di Puncak Alam...

     











mcm nie la situasi yang berlaku di UiTM Puncak Alam.. sangat2 ramai dan sesak.. hehe, tapi hasil gabugan tenaga semua PM dan pengerusi kita dapat melancarkan pergerakan siswa dan siswi.. heheh..mmg x boleh lupa kenangan nie.. nasib baik la pelajar-pelajar baru nie memberikan kerjasama yang baik.. itu pun lkepasa kena rokol.. hehehe, tapi tujuan rokol tue bukan untuk mendera tapi ada sebab yang kukuh..=).. so mmg ramai, mmg penat tapi itulah yang dikatakan pengalaman..hehehe


Meraka memang terbaik!!!!!!!!

 

 

 

 

inilah sebahagian daripada PM2 yang menjalankan tugas semasa MDS yang lepas..diorang sanggup mengorbankan waktu kuliah demi untuk melancarkan MDS.. aku dan beberapa rakan2 MPP yang lain rasa bangga ngan diorang..aku harap dapat lagi bekerjasama dengan diorang di lain waktu atau di lain hari.. diorang memang terbaik.. aku rasa selesa sangat bekerja dengan diorang.. ramai yang teringin nak jadi PM lagi.. hehehe.. dan ramai yang kata ini merupakan pengalaman menarik yang pernah diorang rasa.. terima kasih korang kerana bnyk berkorban masa dan juga tenaga.. harap kita jumpa lagi di MDS yang seterusnya.. hehehe.. Luv u all so much!!!!!!


sekian sahaja daripada saya.. hehehe, so itulah serba sedikit tentang MDS sesi jun 2012 yang dapat aku share kat korng..aku harap lepas nie aku dapat lagi bekerjasam dengan diorang.. mmg best dapat bekerjasama dengan mereka.. nantikan cerita aku yang seterusnya..itulkah sedikit coretan tentang MDS sesi jun 2012.. aku sayang mereka... 


sekian sahaja cerita aku dan MDS jun 2012.. satu pengalaman yang x dapat dilupakan.. hehehe, so bye2.. kita jumpa lagi dalam episode yang aakan datang... sekian daripada Putera Memori untuk.............
Memori Semalam....



Tuesday, 27 March 2012

~MDS Oh MDS~

Assalamualaikum W.B.T...

MDS datang lagi!!!!!!!!!!! hehehe.. saja je nak update pasal benda nie sbb nie salah satu event paling besar yang melibatkan lebih dari 50 orang pelajar uitm.. MDS atau nama lain dia Minggu Destini Siswa nie mmg perlukan gerak kerja yang mantap kot..hahaha...alhamdulillah dah 4 kali aku handle MDS dan semuanya sesi aku pengang biro yang sama iaitu Pengerusi Biro Pengangkutan..hehehe. mmg xde muka lain la bila ckp pasal pengangkutan.. mesti aku yang pegang.. tapi mds yang baru-baru nie aku pegang dua jawatan kot..pengangkutan + sukan&kebajikan...gila kuasa pulak.. jadi ini sedikit coretan ,mengenai Memori Semalam MDS sesi Mac 2012:

ANAK BUAH AKU
Memperkenalkan...inilah anak buah aku yang sama-sama bertugas sebagai biro pengangkutan dalam MDS sesi MAC 2012.. mereka semua mmg hebat giler, aku pun selesa bekerja dengan diorang.. sangat sporting, kelakar pun ade.. diorang x pernah rasa penat pun.. diorang lagi suka bertugas sebagai biro pengangkutan.. aku pun x tahu kenapa.. tapi biasalah dalam bekerja mesti ada sedikit perselisihan faham tapi alhamdulillah aku berjaya mengatasinya.. sebab tue aku rindu nak kerja dengan diorang lagi...aku harap aku dapat kerja lagi bersamasama dengan mereka..jadi inilah anak buah saya...
Berdiri dari kiri: Fathilah Ala, Nurul, Aminah, Fatin, Atikah Rais, Nik Afiqah
Duduk dari kiri: Mamat, Taqiuddin, Razi, Che Han.

AKU DAN SI DIA
Yang nie pulak rakan seperjuangan aku masa mds mac.. dah dua kali aku bekerja dengan dia.. so mmg best gak la kerja dengan dia.. sebab dia bnyk membantu aku meringankan kerja-kerja pengangkutan. oooppss!! lupak nak perkenalkan si dia.. nama dia Wan Nur Fathin Fatinah binti Wan Nawang.. kerja aku ngan dia senang je.. aku uruskan bas dan dia uruskan van..hehehe.. so masing-masing ada tugas sendiri.. mcm biasa, selisih faham tue memang akan ada tapi kita kenalh bersikap profesional kan.. n alhamdulillah.. gerak kerja aku dan Fathin sangat2 memuaskan..untunglah dapat kerja dengan dia.. hahahaha

MEMORI MDS MAC
Tapi x ketinggalan juga nak cerita pasal biro-biro yang lain, tapi nak cerita panjang la pulak.. lenguh nak menaip.. hehee,jadi memori semalam berkenaan dengan mds mac hanya mampu disampaikan melalui gambar-gambar dibawah.. macam-macam rupa, macam gaya ada..hehehe penat, sedih, gembira, marah n macam-macam lagi lah...jom kita saksikan memori semalam MDS MAC:
 Jejaka PM Perindu!!!!!!!

Basah dalam hujan seaktu mejalankan tugas..terbaik!!!!!!!!!!

so inilah sdikit coretan untuik anda semua...inilah memori semalam..MDS MAC sesi 2012..sekian...hehehehe
Memori Semalam..

Sunday, 5 February 2012

~Opkim 360 Degrees Sendayu Alam~

~Salam...rasa macam dah lama tak update blog nie.. hehehe, so aku nak kongsi dgn korang semua tentang satu benda...minggu lepas aku dgn beberapa orang rakan baru saja selesai program Opkim 360 Degrees Sendayu Alam.. program nie lebih kurang macam khidmat masyarakat la jugak.. apa yang menarik bagi program nie.. dalam seminggu, merata tempat kami pergi..hehehe.. best giler.. antara yang menarik ialah : 

IKHTAR SELASA VILLA

Untuk program nie, kami ada jemput beberapa pelajar antaranya dari Fakulti Sains Sukan & Rekreasi, Fakulti Sains Kesihatan, Fakulti Perakaunan, Fakulti Sains PEntadbiran & Pengajian Polisi dan Fakulti Pendidikan.. alhamdulillah, ramai jugak yang berminat nak join.. so gambar kat atas tue, hari pertama kami di perak dan berada di rumah warga emas.. kalau tgk sorang, muka mmg penat giler sebab sebelum tue kami ada sesi bergotong royong.. hehehehe


DARULSALAM


Lepas je kitorang pergi rumah warga emas, kitorang terus gerak ke rumah anak yatim darulsalam.. kat sana kami terus diberikan adik angkat.. mereka semua hepi ja bila kitorang sampai kat sana.. ada yang nakal, ada yang pendiam, yang pemalu pun ada.. tapi nie mmg pengalaman yang best sbb kitorang dapat curahkan kasih sayang kepada adik-adik angkat kitorang.. program seterusnya, kami akan bawak mereka berjalan-jalan sambil shopping.. mmg semua hepi giler sbb dapat baju baru, kasut baru, seluar baru... mmg nampak wajah-wajah keriangan dekat muka diorang.. anak-anak yatim seronok, kami pun seronok.. 


Selain ituy, kat rumah anak yatim, aku dapat belajar masak, kat sana la aku dah pandai buang lemak ayam, potong daging, potong bawang, sayur..hehehe.. 


Lastly, kami buat special barbeque untuk anak-anak yatim kat sana, kitorang bakar ayam, kambing n lembu.. pergh!!!!!!!!!!!!! sedap seh.. mmg tak lupakan saat nie.. hehehehe


MARINA RESORT 

Habis je program dekat perak, kitorang gerak ke cameron highlands.. kitorang bermalam di MARINA RESORT...dah namanya cameron highlands,, mmg sejuk giler la.. sampai 4 lapis baju aku pakai.. huhuhu, dekat sini pun best gak, kitorang wat macam-macam aktiviti, antaranya: 

School Attack!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

SK Tanah Rata menjadi tempat pilihan kami semua untuk mengadakan aktiviti khidmat masyarakat, antara aktivitinya ialah, megarobik, explorace dan macam-macam lagi lah. respon yang kami terima dari para pelajar amat memberansangkan..hehehe macam nak pergi lagi je.. 

Hiking!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
 

Masa nie mmg best giler sbb banyak benda baru yang aku belajar.. korang nak tau kenapa.. meh sini biar aku cerita.. masa kitorang panjat gunung nie, mmg semua bersemangat giler.. tapi bila dah nak dekat sampai puncak, tiba-tiba sorang daripada peserta pengsan, semua mmg panik jugak la.. nasib baik masa tue ada "nurse" dalam kalangan kami... so masa nie barisan lelaki gagah diperlukan..hehehe, para lelaki mngeluarkan seluruh tenaga untuk mengangkat peserta (wanita) turun daripada puncak hingga ke kaki gunung.. saat nie, kekuatan mental & fizikal sangat diperlukan.. lebih kurang sejam lebih kami nak bawak mangsa turun ke kaki gunung.. walaupun kami tak sempat sampai ke kaki gunung, tapi kami belajar benda baru.,. kami perlu tenang dan cepat berfikir untuk membuat keputusan...bila dah sampai kaki gunung, kami semua bersorak sebab dapat menyelesaikan misi menyelamatkan rakan kami..hehehe.. gambar kat atas tue menunjukkan kepuasan kami dalam bekerja dalam satu pasukan..hahaha.. memang penat tapi ilmu yang kami dapat amat bermakna.. 


Hmmmmm..itulah saja yang dapat aku kongsi dengan korang,, mmg ini satu pengalaman yang menarik untuk semua.. aku xakan dapat lupakan saat nie.. aku belajar banyak benda baru, akhir sekali tepat jam 4.30 petang pada 2/2/2012, kami semua berangkat pulang ke UiTM Shah Alam.. Insyallah kalau ada lagi program-program menarik aku akan kongsi dengan korang semua.. hehehe..

Sekian....untuk memori semalam bagi Opkim 360 Degrees Sendayu Alam...~

Thursday, 12 January 2012

~Bahagia~




~Terasa diri sangat2 bahagia..nak tahu kenapa?? sbb aku merasakan yang aku lebih sesuai untuk bersendirian.. dulu aku sibuk sngt nak ade awek..kononya nak ade tempat mengadu.. tapi sekarang nie bila aku fikir balik.. apa guna semua itu.. perlu ke aku mengadu kepada seseorang yang "istimewa".. sedangkan Allah S.W.T itu maha mendengar.... aku rasa aku dah letih untuk mencari cinta.. biarlah cinta itu datang dengan sendiri.. aku mmg  sangat2 bahagia bila begini.. rasa selesa pun ade.. aku rasa aku mampu bertahan.. aku rasa ini yang terbaik..huhuhu.. sesuatau keadaan itu boleh berubah kan?? so biarlah waktu yang menentukan.. aku hanya mampu berdoa kepada Alllah S.W.T agar diberikan kebahagiaan didunia mahupun diakhirat... seriously... bersendirian itu lebih baik...=)~

 Insyallah..kalau dizinkan Allah S.W.T..aku akan cuba mencari kehidupan yang akan membawa 1001 kebahagiaan dalam hidup aku... =)

Sunday, 8 January 2012

~Hati dan Perasaan~



kadang-kadang..aku dah bosan dengan hidup aku sekarang ini.. xde sape yang pedulikan aku.. bila akui nak berkawan..semua lari daripada aku.. kenapa diorang tak boleh terima aku?? pelik ke kawan dengan aku.. aku cuba untuk berubah demi untuk kebaikan semua orang tapi.. semua memang tak nampak keikhlasan aku.. semua macam tak pedulikan aku langsung.. apa salah aku??? kalau aku ada buat salah.. tolong lah bagitau aku.. susah sangat ke?? aku rasa macam hidup aku nie kosong.. aku rasa aku dah menyerah.. takpe lah.. aku rasa bersedirian lebih baik... so aku harap lepas nie takde lagi yang sibuk nak berkawan dengan aku..biarlah aku sorang2... bersedirian lebih baik.. agaknya betol cakap sesetengah orang.. kawan suka memang senang dicari..tapi kawan duka susah nak dicari.. tapi bagi aku.. kawan suka atau duka.. aku tetap sendiri.. ini lagi baik.. ..aku dah tak kisah.. thanx for everything....so aku akan harungi hidup aku seperti biasa.. aku dah tak kisah sape nak berkawan dengan aku.. bersendirian lebih baik.. daripada hati dan perasaan aku dipermainkan.....sekian.....