Hye korang...kita jumpa lagi...aku x tau kenapa dalam minggu nie aku rasa mcm nak update blog je.. hehehe.. so kali nie aku nak share ngan korang satu lagi memori semalam yang aku rasa paling best yang pernah aku alami.,,Alkisahnya, cerita nie berlaku semasa cuti gawai hari tue.. aku dan beberapa rakan yang lain telah pergi ke Pulau Tioman..hehehe
Tempat yang aku teringin nak pergi sejak kecik...Pulau Tioman....
Memang best saat nie, aku termasuk dalam senarai pergi ke Pulau Tioman..tapi korang jangan salah paham tau, kitorang pergi bukan suka2.. tapi kitorang ade tugas atau program kat sana.. mcm biasa, kitorang memperkenalkan UiTM kepada anak jati Pulau Tioman.. so nama program kami ini ialah JELAJAH PEMIMPIN MAHASISWA....program ini dikendalikan oleh beberapa orang MPP ataupun EC dan Pemimpin Mahasiswa yang bertugas semasa MDS mac yg lepas di UiTM Puncak Alam...
Memperkenalkan Pengarah Program Musaadah Yusuf.....
Jadi..inilah orang yang bersusah payah mengeluarkan idea dan menjayakan program ini.. Musaadah Yusuf.. dialah yang buat kertas kerja, dialah lah yang pergi berurusan dengan pihak HEP dan dia jugalah yang membuat segala gerak kerja awal....aku berterima kasih kat dia sebab dia sudi jemput aku ke program nie.. tapi disebalik kitorang wat program, tujuan mus buat kertas kerja nie adalah untuk memberikan penghargaan kepada PM atas pengorbanan mereka menguruskan & melancarkan Minggu Destini Siswa MDS sesi Mac yang lalu...dan juga kepada EC yang "contribute" kepada Puncak..=)... Thank you Mus!!!!!!!!!!!
Sesi Bergambar bersama Pelajar-pelajar SMK Tekek.......=)
hmmmm..kat sini lah, kami memulakan program kami dengan memperkenalkan UiTM kepada pelajar-pelajar. Selain itu, kami ada gak buat mcm aktiviti seperti senamrobik, melukis, Latihan dalam kumpulan dan tidak lupa juga melukis banner "WE LOVE SMK TEKEK".. Alhamdulillah, ramai pelajar memberikan respon yg positif.. seharian kami disana, dan kitorang xrasa penat pun.. sebaliknya kitorang enjoy layan budak-budak nie.. hehehe.. tapi apa yang aku boleh kata, program nie sedikit sebanyak mencapai objektif dan kitorang berjaya mencurahkan ilmu kepada mereka... cuba tgk kat gambar tue, diorang siap dapat beg UiTM lagi..hehe, aku doakan semoga anak-anak pulau tioman nie dapat menjejakkan kaki ke menara gading. Insyallah.....=)
yeay!!!!!!!!!!!!!! snorkeling sepanjang hari....hehehe
Lepas habis je aktiviti kat SMK Tekek, kitorang buat aktiviti seterusnya iaitu meneroka dasar laut Pulau Tioman.. inilah saat paling best sekali, dah lama aku snorkeling, sbb selalu tgk kat tv je.. so alhamdulillah, dengan izin Allah S.W.T aku dapat merasakan sendiri pengalaman snorkeling. hehehe.. masa nie, bagi yang mabuk laut, dah x fikir pasal tue dah., sbb excited katanya nak ber"snorkeling..hehehe.. kjalau x percaya, tgk la gambar tue, jelas terpancar senyuman... so kitorang start gerak daripada jeti pukul 8.00 pagi dan mulakan perjalanan ke beberapa checkpoint.. tapi sebelum tue, biasalah kitorang diberikan sedikit penerangan sebelum bergerak.. tapi perkara yg korang harus tahu ialah Pulau Tioman nie aset Malaysia so kita perlu menjaga kebersihan... jangan seseklai kotorkan, kalau x, xdpt la tgk keindahan dasar laut..
hehehehe.....seronok giler mereka!!!!!!!!!!!
Mcm aku ckp tadi,, memang semua seronok giler masa nie..tai ada juga dalam kalangan kitorang yg pernah snorkeling sebelum nie, bagi yang x pandai snorkeling mcm aku nie, kena lah mintak tunjuk ajar daripada mereka yang dah pernah.. hahaha,, tapi disebabkan keghairahan aku snorkeling, masa nie habis semua orang kena "lanngar" ngan aku,, mana x nya, masa snorkeling muka aku dalam air, tapi tangan n kaki aku kena kat semua orang..hehehe.. lepas tue semua orang lari daripada aku.. hahaha, xnak ke libas ngan aku katanya.. tapi bukan apa, masa aku tgk kat dalam airtue, aku sangat sangat sangat kagum dengan ciptaan Allah S.W.T.. bila aku tgk dari dekat mmg indah sangat.. jarang aku tgk permandangan dalam laut.. Subhanallah.... tapi sambil snorkeling tue, haruslah ada gambar kan.. so bg yang turun tue, duk kat atas bos tue kena lah amik gambar.. hahahaha.. sape suruh x turun sekali... =0..seharian kitorang diberi peluang snorkeling,, sampai dah de yg give up nak balik.. yang muntah pun ade, yg buang Popo pun ade.. hahaha.. sakit perut katanya... hehehe.. nasib2....
Sape lah tue?????hehehe
itulah aku.. yang sedang cuba belajar untuk berenang... kalau korang tgk gambar tue betul2,, sebenarnya semua tgh lari daripada aku.. mcm aku kata tadi, takut kena libas.. hahahaha, yang perempuan tue nama dia atikah a.k.a gorgeous.. disebalik aku melibas orang,, x pasal2 aku kena libas ngan kaki dia.. kena kat muka pulak tue.,. hahahaha sakit seh.. balasan katanya.. =).. yang depan aku tue jimy, orang bnyk ambil gambar aku dan yang lain... aku amik gambar nie pun kat fb dia lah..hehehehe.. penat tapi best.. hehehe
Mereka banyak berjasa semasa MDS... hehe =)
gambar yang kat atas tue adalah pengerusi biro program MDS mac yg lepas, kak hajar atau akak hot.. dia nie lah yg boleh katakan xnak masuk air.. hehehe takot katanya a.k.a mabuk laut.. hehehe.. tapi masa checkpoint yg kedua n ketiga, akhirnya dia turun jugak sbb nak merasakan sendiri pengalaman snorkeling.. gambar yang kat bwh pulak, antara yg boleh dikatakan berjasa semasa MDS, aku dari segi sukan (senamrobik), yg berselubung dengan cadar tue, Fauzi Sohi,, orang hebat dalam soal teknikal, sebelah dia, Cikpah Adzhan master dalam pendaftaran.. manakala yang nampak muka tue, Majida Nagib yg pndai dalam soal Sahsiah Rupa Diri dan Keselamatan.. hehehe.. walaupun ada antara kami yang ada test n assignment, tapi kami dtg jugak untuk menceriakan suasana...ade seorang lagi EC yang hadir.. Sholehin (xde dalam gambar).. yang tahu selok belok pasal Multimedia & Publisiti.. hehehe..
Selesai sudah.........=)
Selasi sudah sesi snorkeling.. kalau korang boleh zoom muka sorang.. memang nampak keletihan diorang, tapi disebalik keletihan tue, kitorang dah merasakan pengalaman yang hebat dan xkan dapat dilupakan.. mmg bersyukur sngt2 dapat merasakan pengalaman nie.. insyallah, kalau diberi peluang, nak lagi merasakan pengalaman mcm nie... tp program nie x kan berjalan dengan lancar tanpa bantuan dan kerjasama daripada Puan Fadzilah Jaafar... wakil HEP yg turut hadir dalam program nie... terima kasih bnyk... =)
Itulah saja, coretan buat kalian semua untuk mlm nie.. insyallah, seperti biasa akan aku kongsikan kepada kamu semua tentang memori semalam yang pernah aku alami....Sekian sahaja daripadaku...
Putera Memori untuk Memori Semalam di Pulau Tioman......
No comments:
Post a Comment