~Salam Perkenalan~

~Kehidupan yang kita alami sekarang ini penuh dengan dugaan dan cabaran namun kita haruslah tabah menghadapinya..kerana setiap cabaran yang kita harungi pasti ada kejayaan..dan kita harus ingat setiap ujian dan kejayaan itu datangnya dari Allah S.W.T.. jadi, tidak kira apa jua yang berlaku keatas diri kita.. kita haruslah sentiasa tabah dalam menghadapinya.. setiap yang berlaku tidak kira baik atau buruk..pasti ada hikmahnya.. ~

Saturday, 11 October 2014

HIDUP PERLU DITERUSKAN..... 

Assalamualaikum W.B.T..


Akhirnya, setelah lama aku menghilangkan diri, aku kembali kesini untuk meluahkan segala apa yang berlaku dalam hidup aku.. Daripada tahun 2012, sampai sekarang banyak benda dah berlaku dalam hidup aku.... Dalam masa itu jugak lah aku tertanya-tanya, mcm mana aku nak kongsi masalah aku sebab family aku pun tak tahu sebenarnya aku ni ada masalah, Setelah sekian lama aku berfikir dan mencari jalan penyelesaian, selain aku boleh mengadu kepada yang Maha Esa,,,, dekat sini lah tempat aku nak luahkan apa yang berlaku dalam hidup aku,.. 

Hilang kawan 

Dulu aku pernah lah terfikir yang aku ni dah hilnag kawan, sebabnya takde siapa yang sudi nak "hang out" dengan aku. Alkisahnya aku ni macam "Depan cakap lain, Belakang cakap lain"... Tapi sejujurnya, aku tak kisah langsung kalau aku takde kawan... sebab daripada zaman sekolah lagi aku dah memang tahu takde sorang pun yang ikhlas nak berkawan dengan aku.. So sampai hari ni, aku masih lagi bersendirian, dan Alhamdulillah aku tak perlukan sesiapa, sbb aku berani mengatakan "DALAM KUBUR PUN KESEORANGAN JUGAK"..  Yang paling penting, kehidupan masih diteruskan... 

Mencari Sinar Harapan

Sampai sekarang aku tak berhenti untuk berdoa, agar satu hari nanti, aku berharap aku dapat mencari ketenangan yang aku inginkan.. selain daripada keluarga aku yang banyak memberikan aku sokongan, aku pun perlu berusaha sendiri untuk mencari.. Disebabkan aku layan satu movie ni yang ada menyentuh pasal harapan, jadi aku amik dialog itu sebagai pembakar semangat untuk mencari jalan supaya aku bertemu dengan harapan yang aku maksudkan.. 




No comments:

Post a Comment