~Salam Perkenalan~

~Kehidupan yang kita alami sekarang ini penuh dengan dugaan dan cabaran namun kita haruslah tabah menghadapinya..kerana setiap cabaran yang kita harungi pasti ada kejayaan..dan kita harus ingat setiap ujian dan kejayaan itu datangnya dari Allah S.W.T.. jadi, tidak kira apa jua yang berlaku keatas diri kita.. kita haruslah sentiasa tabah dalam menghadapinya.. setiap yang berlaku tidak kira baik atau buruk..pasti ada hikmahnya.. ~

Sunday, 10 June 2012

MDS Datang Lagi....

Assalamualaikum W.B.T....

Rasanya, dah lama aku x update blog aku nie.. dah bersawang dah.so hari nie aku nak bersihkan segala sawang2 yang ada..hehehe,..ada jugak yang tanya, kenapa lama x update blog..biasa la bnyk kerja yang nak kena uruskan...nasib baik la ada masa terluang nie, so boleh la aku update sikit... cerita yang aku nak update ngan korang...sudah semestinya pasal MDS ataupun Minggu Destini Siswa..hehehe, kalau korang nak tau, aku baru je habis gerak kerja MDS minggu lepas...dah 5 MDS aku dan rakan-rakan yang lain menguruskan MDS..so dah masak dengan perangai semua orang..hehehe.. tapi MDS kali lain sikit bagi aku sebab aku bukan lagi uruskan hal-hal pengangkutan tapi aku sebagai pengerusi biro program, protokol & fasilitator..hehehehe....so jom dengar cerita aku dan MDS:

UiTM Puncak Alam

Untuk MDS kali nie, buat pertama kalinya aku ditugaskan di UiTM Puncak Alam sebagai Pengerusi biro program, protokol, & fasilitator.. Intake kali nie adalah seramai 2985 orang pelajar baru dan semuanya daripada Asasi Sains & Asasi Kejuruteraan. MDS kali nie mmg mencabar bagi aku, pertama kali kena handle pelajar baru lebih daripada 1000 orang....penat tue memang la penat tapi itulah pengalaman yang tak boleh aku lupakan.. anak buah aku seramai 12 orang..dan semuanya memang mantap dan sangat2 independent..hehe



inilah sebahagian daripada anak buah aku masa MDS lepas. gambar kat bawah tue PM yang dah banyak kali join MDs, Nurul Jannah Salleh & Azam Reddy.. kiranya diorang mmg dah pakar pasal bab MDS nie, sbb tue aku amik diorang sebagai Biro Program. gambar kat atas pun anak buah aku, Atikah Lotfi & Jimmy Jibom, ramai lagi anak buah aku sebenarnya, 12 orang katanya so gambar nie je yang aku jumpa.. hehehehe so aku x dpt nak introduce kat korang yang selebihnya..sorry ye.. anak2 buah aku terbaik masa menjalankan program, semuanya semangat giler kot.. best betol dapat bekerja dengan diorang..=). satu lagi tanpa bantuan daripada mereka, program MDS x mungkin dapat berjalan dengan lancar, tambahan pula mereka dapat menceriakan suasana dan menarik perhatian pelajar baru.. 

ooopsss!!!!! nasib baik jumpa gambar ni.. hehe, yang nie sebahaigan daripada anak buah aku, izat, puteri dan juga bella..diorang pun bnyk sngt membantu aku dalam MDS, especially izat,..walaupun dia datang lambat tapi dia ada semanat untuk membantu.. thank you so much. 

SDK katanya.......


tak lengkap pulak rasanya, kalau aku just tunjuk biro aku je.., sebenarnya ramai lagi yang membantu biro program dalam melancarkan MDS di UiTM Puncak Alam.. tapi kawan baik kepada biro program x lain tidak bukan adalah biro SDK.. mcm biasa aku x dpt nak tunjuk semua, dapat tunjuk sorang je.. huhuhu.. yang kata atas sebelah kiri  adalah ketua biro SDK Amyra Ramlan dan yang kat sebelah kanan tue pengerusi SDK Majida Nagib.. hehehe, biro nie la yang bnyk membantu dari segi pergerakan pelajar... bermain masa katanya.. orang kata biro SDK adalah biro yang dibenci tapi sebenarnya biro nie la yang disukai pelajar baru..akhirnya dapat gak pelajar-pelajar baru tgk kak mira senyum..hehehe.. amyra nie mmg dah biasa pegang biro SDK.. hehehe, itulah serba sedikit tentang SDK, dimana biro yang paling lambat tido tetapi paling awal bangun..hehehe

Mencabarnya Biro Makanan.....


Yeay!!!!!!!!! salah satu biro yang mendapat anugerah..biro paling mencabar.. BIRO MAKANAN!!!!!!!!! hehehe.. biro nie la membuatkan kita sentiasa kenyang. alhamdulillah, masa MDS lepas, PM dan pelajar baru semuanya cukup makan..hehe, xde yang xdpt makan... kalau korang mcm ne diorang uruskan makanan, mmg mantap.. sampai x cukup tido diorang.. yang berbaju kuning tue adalah ketua biro makanan, abg shuk n budak pompuan yang aku tgh suap tue, syuhadatul ashikin nama dia.. hehe, panggil syu pun boleh.. syu la yang mengeluarkan idea supaya makanan tue dibuat secara tiga tempat berpusat n idea tue sngt bernas dan berjalan lancar.. kalau ko nak syu nie la yang pengsan masa OPKIM 360 dulu.. oooppsss!!!!!!!!!..hehehe.. alhamdulillah, makanan x bnyk membazir dan semuanya cukup.. .. Terima kasih biro makanan....=)
Suasana MDS di Puncak Alam...

     











mcm nie la situasi yang berlaku di UiTM Puncak Alam.. sangat2 ramai dan sesak.. hehe, tapi hasil gabugan tenaga semua PM dan pengerusi kita dapat melancarkan pergerakan siswa dan siswi.. heheh..mmg x boleh lupa kenangan nie.. nasib baik la pelajar-pelajar baru nie memberikan kerjasama yang baik.. itu pun lkepasa kena rokol.. hehehe, tapi tujuan rokol tue bukan untuk mendera tapi ada sebab yang kukuh..=).. so mmg ramai, mmg penat tapi itulah yang dikatakan pengalaman..hehehe


Meraka memang terbaik!!!!!!!!

 

 

 

 

inilah sebahagian daripada PM2 yang menjalankan tugas semasa MDS yang lepas..diorang sanggup mengorbankan waktu kuliah demi untuk melancarkan MDS.. aku dan beberapa rakan2 MPP yang lain rasa bangga ngan diorang..aku harap dapat lagi bekerjasama dengan diorang di lain waktu atau di lain hari.. diorang memang terbaik.. aku rasa selesa sangat bekerja dengan diorang.. ramai yang teringin nak jadi PM lagi.. hehehe.. dan ramai yang kata ini merupakan pengalaman menarik yang pernah diorang rasa.. terima kasih korang kerana bnyk berkorban masa dan juga tenaga.. harap kita jumpa lagi di MDS yang seterusnya.. hehehe.. Luv u all so much!!!!!!


sekian sahaja daripada saya.. hehehe, so itulah serba sedikit tentang MDS sesi jun 2012 yang dapat aku share kat korng..aku harap lepas nie aku dapat lagi bekerjasam dengan diorang.. mmg best dapat bekerjasama dengan mereka.. nantikan cerita aku yang seterusnya..itulkah sedikit coretan tentang MDS sesi jun 2012.. aku sayang mereka... 


sekian sahaja cerita aku dan MDS jun 2012.. satu pengalaman yang x dapat dilupakan.. hehehe, so bye2.. kita jumpa lagi dalam episode yang aakan datang... sekian daripada Putera Memori untuk.............
Memori Semalam....