~Salam Perkenalan~

~Kehidupan yang kita alami sekarang ini penuh dengan dugaan dan cabaran namun kita haruslah tabah menghadapinya..kerana setiap cabaran yang kita harungi pasti ada kejayaan..dan kita harus ingat setiap ujian dan kejayaan itu datangnya dari Allah S.W.T.. jadi, tidak kira apa jua yang berlaku keatas diri kita.. kita haruslah sentiasa tabah dalam menghadapinya.. setiap yang berlaku tidak kira baik atau buruk..pasti ada hikmahnya.. ~

Sunday, 5 February 2012

~Opkim 360 Degrees Sendayu Alam~

~Salam...rasa macam dah lama tak update blog nie.. hehehe, so aku nak kongsi dgn korang semua tentang satu benda...minggu lepas aku dgn beberapa orang rakan baru saja selesai program Opkim 360 Degrees Sendayu Alam.. program nie lebih kurang macam khidmat masyarakat la jugak.. apa yang menarik bagi program nie.. dalam seminggu, merata tempat kami pergi..hehehe.. best giler.. antara yang menarik ialah : 

IKHTAR SELASA VILLA

Untuk program nie, kami ada jemput beberapa pelajar antaranya dari Fakulti Sains Sukan & Rekreasi, Fakulti Sains Kesihatan, Fakulti Perakaunan, Fakulti Sains PEntadbiran & Pengajian Polisi dan Fakulti Pendidikan.. alhamdulillah, ramai jugak yang berminat nak join.. so gambar kat atas tue, hari pertama kami di perak dan berada di rumah warga emas.. kalau tgk sorang, muka mmg penat giler sebab sebelum tue kami ada sesi bergotong royong.. hehehehe


DARULSALAM


Lepas je kitorang pergi rumah warga emas, kitorang terus gerak ke rumah anak yatim darulsalam.. kat sana kami terus diberikan adik angkat.. mereka semua hepi ja bila kitorang sampai kat sana.. ada yang nakal, ada yang pendiam, yang pemalu pun ada.. tapi nie mmg pengalaman yang best sbb kitorang dapat curahkan kasih sayang kepada adik-adik angkat kitorang.. program seterusnya, kami akan bawak mereka berjalan-jalan sambil shopping.. mmg semua hepi giler sbb dapat baju baru, kasut baru, seluar baru... mmg nampak wajah-wajah keriangan dekat muka diorang.. anak-anak yatim seronok, kami pun seronok.. 


Selain ituy, kat rumah anak yatim, aku dapat belajar masak, kat sana la aku dah pandai buang lemak ayam, potong daging, potong bawang, sayur..hehehe.. 


Lastly, kami buat special barbeque untuk anak-anak yatim kat sana, kitorang bakar ayam, kambing n lembu.. pergh!!!!!!!!!!!!! sedap seh.. mmg tak lupakan saat nie.. hehehehe


MARINA RESORT 

Habis je program dekat perak, kitorang gerak ke cameron highlands.. kitorang bermalam di MARINA RESORT...dah namanya cameron highlands,, mmg sejuk giler la.. sampai 4 lapis baju aku pakai.. huhuhu, dekat sini pun best gak, kitorang wat macam-macam aktiviti, antaranya: 

School Attack!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

SK Tanah Rata menjadi tempat pilihan kami semua untuk mengadakan aktiviti khidmat masyarakat, antara aktivitinya ialah, megarobik, explorace dan macam-macam lagi lah. respon yang kami terima dari para pelajar amat memberansangkan..hehehe macam nak pergi lagi je.. 

Hiking!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
 

Masa nie mmg best giler sbb banyak benda baru yang aku belajar.. korang nak tau kenapa.. meh sini biar aku cerita.. masa kitorang panjat gunung nie, mmg semua bersemangat giler.. tapi bila dah nak dekat sampai puncak, tiba-tiba sorang daripada peserta pengsan, semua mmg panik jugak la.. nasib baik masa tue ada "nurse" dalam kalangan kami... so masa nie barisan lelaki gagah diperlukan..hehehe, para lelaki mngeluarkan seluruh tenaga untuk mengangkat peserta (wanita) turun daripada puncak hingga ke kaki gunung.. saat nie, kekuatan mental & fizikal sangat diperlukan.. lebih kurang sejam lebih kami nak bawak mangsa turun ke kaki gunung.. walaupun kami tak sempat sampai ke kaki gunung, tapi kami belajar benda baru.,. kami perlu tenang dan cepat berfikir untuk membuat keputusan...bila dah sampai kaki gunung, kami semua bersorak sebab dapat menyelesaikan misi menyelamatkan rakan kami..hehehe.. gambar kat atas tue menunjukkan kepuasan kami dalam bekerja dalam satu pasukan..hahaha.. memang penat tapi ilmu yang kami dapat amat bermakna.. 


Hmmmmm..itulah saja yang dapat aku kongsi dengan korang,, mmg ini satu pengalaman yang menarik untuk semua.. aku xakan dapat lupakan saat nie.. aku belajar banyak benda baru, akhir sekali tepat jam 4.30 petang pada 2/2/2012, kami semua berangkat pulang ke UiTM Shah Alam.. Insyallah kalau ada lagi program-program menarik aku akan kongsi dengan korang semua.. hehehe..

Sekian....untuk memori semalam bagi Opkim 360 Degrees Sendayu Alam...~